Nona

Tetamu VIP: Kamus Mewah Dato’ Sri Rozita

Terbitan asal Nona

Dato’ Sri Rozita Jadikan Pembelian Barang Mewah Satu Pelaburan

Setiap kali bibirnya menyebut jenama-jenama mewah dari rumah fesyen antarabangsa, bagaikan membuka lembaran kamus.

Matanya begitu bersinar-sinar tatkala bercerita bagaimana barangan mewah boleh menjadi satu pelaburan buat mereka yang tahu menilai sesuatu yang berharga.

Dato’ Sri Rozita Ramelan membuka satu dimensi baru tentang istilah pelaburan sambil membeli-belah, terutamanya buat wanita melalui perniagaan KABINET yang dicetuskan.

“Sebenarnya sebelum tertubuhnya perniagaan ini, saya sudah ada satu laman web iaitu pwetty.com.my. Website yang berasaskan konsep, “Affordable Luxury” ini dikhususkan untuk penggemar barang barang preloved yang berjenama.

“Barang barang berjenama yang masih baru, cantik, dibeli tetapi tidak pernah dipakai atau yang tidak dimahukan lagi dijual di www.pwetty.com.my dengan harga yang sangat berpatutan dan jauh lagi rendah dari harga asal.

“Pwetty platform juga membolehkan pelanggan VVIP KABINET mengemaskinikan kabinet mereka untuk sentiasa mengikuti fesyen terkini. This is what I called, “wardrobe detoxification”.

“Konsep ini memberikan akses kepada pelanggan Pwetty kami untuk membeli barang berjenama dengan harga mampu milik,”terang wanita yang pernah bekerja sebagai Pengurus dan Penasihat Kewangan dan Pelaburan di Citibank selama lapan tahun.

Berkonsepkan kepada gaya hidup mewah, Salon Prive KABINET milik Rozita yang terletak di Bangsar ini semestinya eksklusif. Pelanggan harus membuat temu janji untuk melihat barang yang dipamerkan dan 90 peratus daripada mereka adalah dari luar negara.

Istimewanya KABINET menawarkan perkhidmatan unik di mana hanya barangan yang dipilih secara teliti daripada pereka- pereka barangan dan perkhidmatan mewah tersohor sahaja, dari berlian biru yang jarang ditemui sehinggalah kepada beg tangan dan jam tangan yang amat sukar.

Menganggap dirinya sebagai mahu menjual sambil beramal, Rozita sememangnya pencinta barangan mewah.

“KABINET sebenarnya ditubuhkan kerana saya faham erti kata barang mewah. Saya fikir dengan rangkaian yang saya ada, saya boleh untuk mendapatkan barangan sangat ekslusif yang bersesuaian dengan apa kehendak pelanggan.

“Barangan yang dipilih pula bukanlah barang biasa, tetapi amat sukar didapati di butik atau di pasaran. Jadi, harga barang-barang di KABINET tidak akan pernah turun. Malah, barang-barang itu boleh diwariskan turun temurun,”ujar Rozita yang turut mempunyai beberapa perniagaan lain.

© 2016 Kumpulan Media Karangkraf

Back to list